Sunday 11 December 2011

Pendaraban

Pendaraban boleh dianggap sebagai penambahan berulang. Sebagaicontoh, ungkapan 18 x 9 memberikan maksud berikut:
18 + 18 + 18 + 18 + 18 + 18 + 18 + 18 + 18
Penambahan berulang bagi 18 sebanyak 9 kali

Satu cara lain bagi menerangkan pendaraban n x m (kedua-dua n dan m adalah nombor bulat) ialah terdapat n kumpulan objek, dan dalam setiap kumpulan, terdapat m objek.

Maka, ungkapan 18 x 9 boleh dianggap sebagai 18 kumpulan bagi 9.

Berdasarkan prinsip ini, adalah jelas bahawa nilai bagi 18 x 9 adalah sama dengan nilai bagi 9 x 18.

No comments:

Post a Comment